Oct 6, 2017

Lama tak update blog. Tajuk kali ini ialah ibu dan abah.

Assalamualaikum.

Hai korang. Sihat? Di harap semuanya sihat-sihatlah hendaknya ya. Cei. Macam tulis surat pula kaedahnya.

Oklah. Lama sangat ni tinggalkan blog sampai lupa dah macamana nak bercerita.

Ok aku mulakan dengan cerita yang pertama.


1. Kisah Abah.

Dua-tiga minggu lepas, aku, ibu dan abah ke KL sebab ada urusan. Sampai je di tempat yang kami nak berurusan tu, aku dengan ibu naik ke tingkat 19. Abah stay bawah sebab dia malas nak ikut. So, abah tunggu di luar, di bus stop yang ada betul-betul depan bangunan tu.

Selesai berurusan, aku dan ibu pergilah mendapatkan abah. Abah menanyakan tentang urusan aku dan ibu tadi. Aku pun relaks jelah bercerita kan, tanpa menyedari abah dan tersandar di dinding bus stop tu. Yelah, aku ingat, abah saja-saja jelah sandar. Sambil aku bercerita, aku naklah respons daripada abah. Tapi abah diam je. Lepas tu ibu panggil lah abah

"abang, abang..."

Abah diam. Mata terpejam. Masih menyandar.

"abang, abang. bang!!"

Abah masih lagi diam. Tak menyahut. 
Aku pun bingkas lah bangun, pergi kat abah.
Aku goncang-goncang badan abah. Sejuk. Pucat. Peluh dingin.

Allah.
Aku dah cemas. Ibu dah start menangis dah.

Abah buka mata sekejap. Lepas tu aku tengok, mata hitam dia dah takde. Tinggal mata putih je.

Mata hitam dah ke atas. Allah. Badan dia sejuk.

Aku apa lagi, menjerit minta tolong kat security guard macam orang gila.

"Tolong! Tolong ayah saya. Tolong"

Sambil air mata merembes laju. Tangan tak henti henti tepuk tepuk pipi abah.

Allah, Allah. Allah tolong, aku taknak hilang dia Ya Allah. Belum masanya lagi Ya Allah. 
Aku belum bersedia ya Allah.
Itulah ayat yang aku ingat, aku cakap dalam hati.
Sambil airmata keluar tak henti-henti.

Ada sorang abang tu berlari ke kereta ambil air botol.
Dia suruh aku sapu kat kepala dan muka abah.
Badan abah dah lembik, jatuh, aku tahan guna tangan.
Aku peluk abah. Kuat.

Mulut tak henti panggil abah.

"abah, bangunlah. Jangan macam ni. Jangan takutkan kakngah. Abah!"

Tiada respon. Aku tepuk lagi pipi dia.

Ibu di sebelah dah ajar abah mengucap. 

Allah. Allah. Tolong, jangan ambil nyawa abah lagi.

Aku menangis tak henti.
Security guard tu dah nak angkat abah ke klinik yang terdapat dalam bangunan tersebut.

Dan tiba-tiba, abah menganga luas-luas dan berkeruh dua kali. Berkeruh macamana ya nak cakap. Tak reti pula aku nak kabo.

Lepas pada dia berkeruh, dia buka mata. Takde lagi mata hitam ke atas.

Dah sedar tu, dia tanya kat aku "Kenapa Ngah?"

Allah. Abah. Abah tahu tak, kakngah menjerit macam orang gila. Ibu menangis sambil bisikkan kalimah syahadah di telinga abah.
Sebab kami ingat, kami dah kehilangan abah.

Sesungguhnya itulah saat yang paling menakutkan aku. 10 minit yang menakutkan.

Kenapa takut? Sebab aku dah pernah alami nya dulu, dalam ambulans semasa abang kandung aku pergi 8 years ago.
Macam abah ni lah keadaan dia. Mata hitam ke atas, badan sejuk peluh dingin, berkeruh 2-3 kali, dan nafas pun terhenti.

Aku taknak mengalaminya kali kedua. Sekurang-kurangnya bukan sekarang.
Sebab memori tengok abang aku tarik nafas terakhir tu masih lagi terbayang-bayang di mata aku.
Ingat senang ke nak lupa macamana sedihnya aku bila tengok abang aku tarik nafas dia yang terakhir lepas tu terus senyap :(

Aku belum bersedia lagi untuk hilang abah dan ibu.

Allah je yang tahu betapa lemah longlainya badan aku masa kejadian abah tu.

Nak berjalan pun aku dah tak larat. Aku pegang je tangan ibu dan abah.

"Abah, lain kali taknak macam ni lagi ya. Kakngah tak sanggup hilang abah. Sekurang-kurangnya bukan sekarang"

Abah diam je bila aku cakap macam tu. Lepas pada kejadian tu sampailah ke rumah, aku asyik bagitau abah 

"Kakngah tak bersedia lagi hilang abah"

Allah. Masa menaip ni pun, aku masih lagi rasa betapa cemasnya aku. 
Dengan keadaan mata ibu yang tak nampak tu, di manalah kekuatan aku, jika jadi apa-apa pada abah?

Mati itu pasti.
Tapi aku sentiasa mendoakan ibu abah dipanjangkan umur lagi.

2. Kisah ibu.

Selasa lepas, ibu operate mata buang katarak ganti kanta (ye kot term dia). Setelah 5-6 kali temujanji dengan doktor di klinik karak dan hospital, makanya 26hb sept tu menyaksikan yang ibu akan dapat semula penglihatan dia.

Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Dari check up sebulan sebelum sehingga dapat tarikh. Tak perlu tunggu lama pun. Mula-mula doktor kata mungkin kena tunggu dalam masa setahun sebab Q panjang.

Tapi Allah pemudahkan segala urusan ibu. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pagi 26/9 tu, aku bangun awal. Ibu pun bangun awal.
Aku tau, dia berdebar. Sebab dari semalam 25/9, ibu banyak mendiamkan diri.
Yelah. Orang kata, mata je pun, tapi bukan kita yang mengalami so kita tak tahu.
Aku layankan je debaran ibu. Aku cakap tiada apa yang perlu dirisaukan. Semuanya akan baik-baik saja.

Kalau selama ini, ibu yang banyak menenangkan jiwa resah aku, kali ini aku pula yang menenangkan jiwa resah dia. Hehe.

Sampai saja di hospital, aku pergi daftarkan dulu nama ibu di Jabatan Kecemasan. 
Tapi sebelum itu, aku hantar ibu naik ke tingkat 8 untuk ke wad.

Berjalanlah aku seorang ke Jabatan Kecemasan. Di awal pagi pukul 7.00.
Yang sebenarnya aku ni penakut dengan hospital.
Yelah, hospital kot. Memacam cerita aku dah baca pasal hospital seluruh Malaysia ni.

Tapi disebabkan ini adalah tanggung jawab aku, makanya secara otomatik aku jadi berani.
Kagum.

Dah siap daftar semua, aku berjalan semula ke wad ibu.
Jauh tau Jabatan Kecemasan tu huhu. Bolehlah buat pecah lemak di pagi buta.

Sampai saja di wad, aku tengok ibu dah duduk atas katil.
Tak lama selepas itu, doktor pun masuk untuk briefing ibu pasal operation mata.
Banyak jugalah soalan yang aku tanya.
Sebab takde pengalaman jaga orang operate mata ni kan. Kenalah faham betul-betul.

Lepas doktor dah keluar, sampailah breakfast ibu.
Tak selera pula nak makan katanya. Aku paksa lah juga dia makan. Sebab nanti dalam operation room lapar pula kan.

Ibu makan sikit. Selebihnya aku sebat.
Tak baik membazir woo.

Tik tok tik tok.

1 jam berlalu.
2 jam berlalu. 3 jam berlalu. 4 jam berlalu. 5 jam berlalu.

Kemain lama nak tunggu turn ibu.
Bapak ah. 

Tepat pukul 12.40 tengah hari, nurse masuk bagitahu ibu dah boleh masuk bilik bedah.

Sebaknya dada aku. Huhuhu. Nanti ibu dah boleh tengok dengan jelas. Yeayyy.
Ibu pun duduk atas kerusi roda. Ibu tak bagi aku ikut. Ibu takut aku penat. Tapi aku ok je.
Tapi ibu berkeras tak bagi. Ok fine. Aku tunggu dalam wad jelah.

Aku cium pipi ibu sambil mengucapkan kata-kata semangat.

Selepas ibu hilang dari mata, aku dengan dada yang sebak huhu, turun ke bawah cari abah.
Ohya, abah ikut sekali. Dia mana nak tinggalkan bini dia dengan anak dia berdua.
Dapatkan abah, ajak dia lunch sambil bagitahu ibu dah masuk bilik bedah.

Selepas makan semua (aku pakai telan je sebab tak selera nak makan, teringat ibu) abah ke surau untuk zohor.
Aku buat apa? Kebetulan Allah bagi cuti.
Dan kebetulan lagi, ada jualan kat perkarangan lobi hospital. 
Aku pergi cuci matalah.
Hehehe.
Belek belek mekap. Belek belek lipstick. Sambar dua batang.

Tengok purse macam cantik. Sambar satu.
Murah-murah je barang dia.
Dalam pukul 2.30 aku naik, ibu tak keluar lagi.

Tiba-tiba teringat, tadi di jualan nampak ada orang jual perfume.
Ok, turun bawah semulalah.
So aku pun turun.
Berbulu je mak guard tu agaknya dengan aku. Keluar masuk keluar masuk. Dah macam rumah sendiri aku buat.

Siap beli perfume naik semula ke atas, tengok ibu masih belum ada.
Luruskan kaki, pejam mata sekejap.

Tiba-tiba teringat air masak dah habis.
Turun semula ke bawah beli air. Belek-belek roti, kek. Hmm tak best. Tak beli.
Beli air botol je.

Pukul 3.15 naik atas tengok eh, ibu dah ada.
Alhamdulillah. Terus buat 2 jari tanya ibu "ibu, ini berapa?"

Hehehehe.
Ibu jawab dua.

Ya Allah.
Ibu dah boleh melihat.

Nurse kata nanti doktor akan datang buat check up, masa tu lah tahu boleh balik ke tak.
Aku harap bolehlah balik. Nak muntah dah ni duduk hospital.
Borak-borak dengan kakak katil sebelah. Dengan makcik depan. Semuanya ada 4 orang dalam satu bilik.

Tik tok tik tok. Pukul 5.30 doktor datang. Ibu jumpa doktor.
Pukul 6.00 tak keluar lagi.
6.15 baru setel, kemas barang. Yeayyy ibu boleh balik.

Setelah ucapkan terima kasih pada semua nurse yang tersangatlah baik peramah, kami pun turun.

Aku pergi Jabatan Kecemasan untuk discharge ibu.
Then ke farmasi ambil ubat.
Ibu tunggu di kantin dengan abah.

Sepanjang jalan nak ke Jabatan Kecemasan, aku menarik nafas lega.
Sepenat mana pun aku, aku puas hati sebab aku ada.
Aku bersyukur dapat duduk sekali dengan ibu abah.

Walau ada masa, aku penat. Walau ada masa, aku hampir nak nangis sebab rasa tak boleh buat, tapi kerana ibu abah, aku gagahkan juga.

Terima kasih yang mendoakan ibu.
Komen korang dalam fb tu aku bacakan kat ibu. Nanti ibu tanyalah siapa dia tu.
Aku pun terangkanlah ohh yang ni kawan kakngah masa kat opis lama dulu.
Yang ni kawan fb kakngah.

Terima kasih semua.

Sekarang ibu dah boleh melihat. Dengan mata kiri.
Tinggal mata kanan je belum buat lagi.
Itu maybe next year turn dia.

Oklah dah panjang sangat ni.
Bye korang.

.

Sep 11, 2017

Ibu.

Assalamualaikum.

Duh.

Rujuk semula dengan blog. Ingatkan dah berpatah arang berkerat rotan, kan? Entahlah wei. Tahap malas nak menaip itu rasa menimbun sangat. Kadang-kadang, banyak sangat benda nak cerita nak luahkan nak kongsi dalam blog kesayangan ini. 

1. Cerita pasal ibu. Dulu ibu tangkas, kuat dan gagah. Kerja kerajaan selama 30+ tahun. She's the strongest woman that i know. Tapi iyalah, jalan hidup kita Allah yang aturkan. Day by day, penglihatan dia semakin kabur disebabkan kencing manis yang dia hidapi. Sebagai anak sulung (sebenarnya anak kedua, tapi yang sulung dah meninggal so yeah, here i am, menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung), aku cuba kuat. Cuba untuk tidak menunjukkan kesedihan di atas apa yang terjadi pada ibu. Kadang-kadang, tengok dia teraba-raba ambil barang depan dia, yang jelasnya memang betul-betul di hadapan dia saja, aku masih lagi ego dengan mengatakan dalam hati 

"Takpe, ibu kuat. Nanti operate, mesti okay"

Dan ianya berterusan setiap kali aku "menangkap" perilaku ibu yang terkial-kial. Setiap hari aku berpesan, jangan masak, jangan basuh pinggan, jangan basuh kain baju. Biarlah pinggan bertimbun ke camne ke, aku balik kerja aku basuh. 

Tapi sekuat mana pun aku, atau menunjuk aku kuat, satu hari, di hari Ahad, airmata aku mengalir juga. 

Kisahnya, hari ahad lepas, aku, ibu dan abah ke Pekan Sehari (pasar tani) Temerloh tepi Sungai Pahang. Hujan renyai renyai. Nak taknak kena redah jugalah sebab dah sampai. Hujan pun takdelah renyai kuat. Dia macam renyai manja manja gitu ahhh. Tapi kuyup jugalah tudung aku. Ibu memang aku suruh dia duduk setempat, aku dan abah meneruskan misi mencari terung hahah cari terung masam tu uols sebab aku mengidam tahap apa benda entah. But too bad, takde yang jual. Maybe hujan so tak ramai yang keluar meniaga. But that's okay.

Balik, singgah Mentakab untuk makan tengah hari. Tengah enak menjamu selera, abah disapa oleh seseorang iaitu bos lama ibu. Setelah abah bersalaman dengan bos ibu tu, bos ibu pun bertanyakan khabar ibu ayat lebih kurang 

"Zan sihat?"

Ibu pun tanya siapa. 

Bos pun menjawab "Hai takkanlah dah tak kenal"

Makanya, abah pun memberitahu yang ibu sudah kurang penglihatannya. Bos buat muka terkejut. Aku nak meredakan suasana itu, aku suruh ibu teka.

"Ibu tekalah. Kita main teka-teki. Kenalkan kan suara dia?"

Ibu kata dia tak dapat cam. Abah bagi clue lain iaitu tempat tinggal bos di Kampung XX. So, ibu pun dapat jawab. Selepas ibu dapat cam bos dia tu, bos dia macam happy la kan sebab ibu masih kenal. Kau gila tak kenal bos sendiri. Aku pun nanti sampai ke tua kerepot pun aku akan ingat semua bos aku muahaha. Bos dia beralih tempat (bos dia hanya berdiri) dari sebelah abah ke sebelah ibu.

Kenapa aku menangis? Sebabnya, walaupun bos ibu dah ada di sebelah ibu, ibu tetap memandang ke sebelah abah sambil berborak menanyakan perkembangan terbaru bos dia tu. Sebab dia tak nampak bos dia dah berdiri di sebelah dia. Allah Allah. Masa tu memang airmata aku bergenang, mengalir slow motion sebab sedih sangat. 

Aku pun kata "ibu, bos ibu sebelah ibu tu".

Ibu pun mengalihkan pandangan dia.

Allah. Tertusuk di jiwa rasanya. Tapi tangan tetap menyuap nasi. Airmata mengalir juga tapi cepat je aku kesat. Ibu gelak je bila dia salah pandang. Allah. Dia masih mampu ketawa, kan? Redhanya wanita ini.

Bukanlah aku tak boleh terima keadaan ibu. Aku bersyukur walaupun penglihatan ibu kurang, tapi sekurang-kurangnya dia boleh melihat sedikit walaupun terbatas sangat. Orang yang sejak azali buta tu lagilah kan? Cuma entah. Ahad tu memang ahad yang menyedihkan kot bagi aku.

Korang tolong doakan sekali ya, ibu sihat, dapat melihat kembali walaupun tak seterang dulu tapi sekurang-kurangnya dia dapat melihat wajah kami anak-anak dia dan suami :(

Esok final check up. Semoga semuanya berjalan lancar.

2. Kerja sekarang sangat banyak. Tak terkejar rasanya. Tapi taknak cerita. Taknak. Taknak.

3. Kerja sini tak dapat kacau orang haha. Kalau tempat lama, bila penat menghadap pc aku akan bangun dan pergi kacau orang lain dalam 5-10 minit sebelum kembali ke tempat kerja sambung semula mengadap pc. Jadinya di sini, kalau aku rasa nak muntah mengadap pc, aku akan bangun dan turun ke cafe bawah buat-buat beli air, beli kuih ke. Tak pun aku pergi toilet tingkat atas. Janji aku dapat merayau. Aku ni memang tak boleh duduk diam. Itu kira bersyukurlah aku tak membising dah. Jadi pendiam dah aku sekarang ini. Sooo not me.

4. Nanti sambung.

.

Jul 7, 2017

Setelah dua bulan lupakan blog kita kembali dengan "Selamat Hari Raya"

Aku dah start kerja pada hari Rabu(raya keempat). Ingatkan bila masih dalam mood raya, orang kuranglah berurusan.
Takde maknanya ok.
Berduyun duyun public datang berurusan.
Dahlah aku sorang saja. Aku malas nak duduk di kaunter sebab kerja di meja aku berlambak.
So bila ada orang datang baru aku bangun ke kaunter. Aku rasa mahu kurus betis aku bangun duduk bangun duduk.

Macam raya kelima tu, ya ampun, ada pakcik yang kelihatan educated datang berurusan. Layan dia saja ambil masa sejam lebih.
Aku bagi borang, bukan nak baca dulu. Terus tanya ini nak isi apa, macamana semua.
Eh come on lah, jadi bijak sikit boleh? huhu.
Kalau baca, mesti faham. Speaking bukan main lagi, tapi borang pun tak reti baca.
Lepas dah puas mendengar penerangan daripada aku, dan dia pun mengulangi apa yang aku terangkan, dia pun keluar. Tak lama selepas tu, dia datang semula. Hahaha.
DAN BERTANYAKAN PERKARA YANG SAMA BERULANG KALI SEHINGGAKAN ABANG OPIS DATANG DEKAT AKU UNTUK SETELKAN.
Dia bukan bertanya tapi dia more to nak pastikan apa yang dia ulang tu sama tak dengan apa yang aku bagitau tadi.
Ok selepas tu dia pergi. And you know what?? He came back after 10 minutes asking me the same question "Cik dia kena macam ni kan??" Like what the fun weiiii??
HAHAHAHAHA.

Tensen guweee kalau macam ni.
Katalah sehari dalam 30 yang datang. Kalau 15 daripada 30 tu macam pakcik tadi? Aku rasa mau mati pucuk kejung aku kat kaunter.

Ok dah.
Sekarang nak cerita pasal raya pula.
Seperti biasa bila dah semakin meningkat usia ini, nak sambut raya tu takdelah excited sangat.
Cuma excited bila fikir malam raya dapat kemas rumah, lepak dengan adik-adik sehingga lewat pagi (which is selalunya tak berjaya sebab aku dah tua so nak tahan mata macam zaman muda-muda dulu memang tak boleh selalunya pukul 10 malam mata aku dah layu. Adik-adik aku selalu bengang dengan aku huhu).
Kalau zaman umur awal 20an, berjaga sampai pagi akulah champion.
Borak punya borak punya lepak sampai subuh pun takde hal la mata ni.
Tapi sekarang? HAHA
Sedih juga jadi aku. Takde life haha. Forever alone.






Malam raya, Farah ajak ke pekan Karak. Entah apa lagi yang tak cukup.
Kitorang ni memang macam ni, selagi tak habis raya selagi itulah ada je benda yang tak cukup yang kena beli. Tensen mak henon.
Tapi sebab kedai yang nak pergi tu dah tutup so kami mengambil keputusan yang tepat untuk makan KFC. Just the two of us wooohooooo. Lama dah tak dating berdua.
Tapi tak best lepak KFC sebab belakang kami ada satu keluarga yang boleh tahan hingarnya haha. Baru ingat nak romantik romantik dengan adik sendiri.

Order ini saja sebab sebenarnya perut kenyang lagi yelah lepas berbuka kan.
Seronok keluar malam raya sebab suasana dia susahlah nak diterangkan.
Pada aku, malam raya or senang cerita sehari or dua hari sebelum raya adalah paling best.
Masuk raya pertama dia macam kurang sikit. Sebab itu, tiap kali nak raya, aku tunggu sehari sebelum raya je. 
Entahlah. Susahlah nak gambarkan perasaan itu huhu.




So kami pergi ke kebun getah, and ambil picture banyak-banyak which is yang elok hanya 2-3 keping hahah.
Yelah, sedar diri tu memang tak potogenik ada hati nak ambil macam model.
Nyamuk memanglah banyak. Terseksa betul dan di sinilah selipar aku putus kerana tersadung akar pokok.
Yeah right. Reena dan tersadung/jatuh manalah boleh dipisahkan, ye tak?
So berkaki ayam jelah aku nak balik tu.

Itu, aku paste kan gambar abang aku. Rindu kot kat dia. Lama gila tak jumpa hahaha. Memanglah lama dah dia meninggalkan dunia kau dah kenapa Reena?
Hari tu raya pertama pergi kubur, aku cakap cakap dengan dia. 

"Abang, kami datang. Semua datang ni nak jumpa awak. Ni ada anak buah baru Don Arafat nama dia. Tak pernah lagi dia datang jumpa awak ni. Lagi satu, awak tengok Mika dan Sunan ni, selalu nak bergaduh. Marah diorang sikit bang."

Lepas tu, aku yang sebak. Sendiri cakap, sendiri yang sebak. Hahaha.
Haih. Rindu sangat.
Tak retilah nak bagitau macamana rasa rindu tu.
Macam simpan batu dalam dada. Nak luah, nak hilangkan tu, rasa tak tau macamana.
Mungkin sampai aku matilah kot eh rasa rindu membeban di dada ni.
24 tahun kot aku hidup dengan dia. Macamana nak lupa, kan? Darah daging sendiri pulak tu.



Hari raya keempat ke rumah kawan ibu merangkap pengasuh aku masa kecil, Mak Itam.
Lama gila kot tak jumpa dia adalah dalam 20++ years kot.
Seiras ibu dah ni.
Ibu kata, Mak Itam inilah yang bagi nama aku.
Takdelah dia memikir sangat nama aku. Sebab ibu dah bagi nama abang aku as Kamarul Azreen bin Kamarudin so Mak Itam kata, apa kata tambah je A pada Azreen tu maka jadilah Azreena.
Bijak, bijak.
Tapi dulu aku selalu tak suka nama aku. Sebab ada kawan lelaki aku masa sekolah rendah kata nama aku macam nama gadis liar, gadis materialistik dan gadis metropolitan.
Walaupun masa itu aku tak tahu apalah makna materialistik metropolitan itu semua, tapi pada aku bunyi pun macam tak best, mesti maksud dia tak best juga. Bebudak. Dahlah selekeh, bodoh pulak tu senang di pengaruhi kihkihkih.

Haaa gitewww.
Nak cerita nama je pun dah satu perenggan.



Eh, kembali semula ke gambar di kebun getah.
Ha nampak tak kecelaruan minda aku? Yang sebetulnya, aku pemalas.
Kengkonon nak jadi wanita sopan melayu terakhir guna sampin si Faeez.
Jadilah. Aku kan suka berangan. Berangan kan percuma.



Mika, Mieya dan Don.
Si Don dah 10 bulan. Dah menapak satu dua. Aku suka betul gomol dan cium pipi dia.
Rasa nak kunyah. Dahlah bau leher masam. Rasa stim je bila cium. 



Cukuplah ada diorang bertiga, rumah jadi gegak gempita.
Boleh dengarlah suara aku sampai ke rumah paling hujung ok tipu eh ke betul tapi aku harap taklah, malu kot.

Sunan dan Mika, 10 minit main, 20 minit gaduh.
Kalau di biar, masing masing balas membalas ketuk mengetuk.

Harap bila besar nanti Sunan dan Mika akan jadi rapat dan saling caring.
Empat-empat anak buah ni aku sayang sangat. Macam nyawa.

Mika dan Mieya tu yelah duduk dengan aku. So aku nampak depan mata selalu.
Sunan dan Don bila takde, lama tak balik, mulalah rindu sangat.

Hari raya tahun ini memang hari raya yang biasa saja tapi pada aku takde yang lagi bermakna selain daripada berkumpul satu keluarga, kan?
Aku dan adik adik aku macam biasalah, bahan membahan, buat lawak yang kitorang je faham lawak tu, troll men-troll, gosip, makan, makan dan makan.

Raya tahun ni, Farah banyak keluarkan duit. Dan chef pun dialah.
Terima kasih, Rah. 
Tahun depan sponsorlah lagi HAHAHA.

Begitulah hari raya, kan?
Hari kemenangan. Menyatukan ikatan keluarga.
Membuahkan rasa bahagia.
Happy sangat bila satu keluarga berkumpul.

Semoga tahun depan kita berjumpa lagi ya, Ramadan dan Syawal.

Selamat Hari Raya korang!