Nov 14, 2017

Pasang surut hidup

Hidup tak sama seperti dulu.

Ada pasang surut. Ada turun naik. Ada suka duka. Ada jerih perih. Ada segalanya.
Tapi perjalanan hidup ini, perlu diteruskan.
Biar sakit, biar berbirat di hati.
Kena terus. Terus jalan.
Jangan berhenti.

Hampir dua tahun aku mencari hala tuju dan hampir dua tahun soalan "betul ke apa aku buat ni" bermain dalam fikiran. Hampir dua tahun aku struggle untuk adapt dengan suasana baru kerja baru.

Yet still i feel lost. Ada masa aku tak dapat catch up dengan kerja aku. Ada masa aku give up untuk bangun dari katil pun. Ada masa aku menangis sebab takut tak capai apa yang orang lain expect.

And i am so done.

Di marah. Di tegur. Semua itu dah jadi makanan. Dah hadam. Dan aku suka juga bila aku buat salah, terus di tegur. Sekurang-kurangnya aku tak syok sendiri. Tak lalai.

But still, hati aku melayang. Takut. Resah. Selalu bermain dalam fikiran. Sebelum tidur mesti kecut perut.

Yang mampu aku buat adalah, kuat. Teruskan. Sebab aku dah mula, aku kena habiskan. Dan cuba untuk menjadi lebih efisien dan struggle lagi hebat daripada biasa.

Apa-apa yang orang cakap, apa-apa yang mengguris hati, aku telan saja. Sebab aku pun banyak juga sakitkan hati orang tanpa sedar. Aku bukan maksum. Aku pun manusia biasa. Terkadang terlepas cakap.

Sebab itu, bila ada yang bersikap dingin, aku ignore saja. Malas dah nak terlalu memikir. Penat. Nanti asyik fikir negatif, cepat tua.

Aku seberapa boleh cuba untuk tanam sikap positif dalam diri. Sebab aku kenal diri aku. Kalau asyik negatif, sampai satu saat aku dah tak mampu nak bawa negatif tu, at that time dengan perangai pun akan jadi b*tch.

Aku taknak jadi bad b*tch (gelaran itupun dah menggambarkan sebegitu). Nak jadi b*tch tapi ada baiknya. Boleh? 😉

No comments: